Serangan Salib Ke-8: Serangan Salib Di Zaman Moden

Serangan Salib Ke- 8

Selepas kekuatan umat Islam lemah dan kekuasaan pihak Salib kembali kuat, penjajah kembali melancarkan serangan­nya ke atas Dunia Islam. Para pemimpin dan pemikirnya berkali-kali memperkatakannya secara terus terang.

1.    Benson Smith dalam bukunya menyebut:

“Serangan Allenby ke atas al-Quds ketika Perang Dunia Pertama adalah serangan Salib yang Ke- 8 dan terakhir.”

2.    Akhbar di Britain menyiarkan gambar Allenby dan menulis di bawahnya kata-kata beliau ketika memasuki al-Quds pada tahun 1917:

“Hari ini Perang Salib telah berakhir.”

3.    Ini bukan pendirian peribadi Allenby, tetapi pendirian politik Britain keseluruhannya. Akhbar mengumumkan, Menteri Luar Britain, Lloyd George mengucapkan tahniah kepada Jeneral Allenby di Parlimen Britain kerana meraih kemenangan dalam serangan terakhir Perang Salib.

4.    Ketika Jeneral Perancis, Gouraud menewaskan tentera kota Maisalun di luar Damsyik, dia lantas ke kubur Sholahuddin. Dia menendang kubur tersebut dengan kakinya seraya berkata:

“Di sini, kami telah kembali wahai Sholahuddin”.

5.    Parti al-Kata`ib di Lubnan menganggap perang Lubnan yang tercetus dalam perbalahan besar terakhir antara mereka dengan orang Islam sebagai perang Salib. Akhbar yang menjadi lidah rasmi parti tersebut, “Manchette” telah mengeluarkan buletin di bawah tajuk: “Berita Terakhir Perang Salib”.

Persoalannya, kenapa Perang Salib kembali sekali lagi setelah segala komplot dan peperangan dahulu dan moden?! Kenapa mereka tidak berpada dengan perancangan dan kom­plot yang mematah-matahkan belakang bangsa yang paling kuat di bumi ini? Dengan menganalisa kata-kata ini dan lain-lain lagi, kita dapati mereka takut… Mereka takutkan kebangkitan semula Islam di dalam jiwa orang Islam. kerana itu mereka ber­­­fikir untuk mengenakan serangan maut yang segera dan total ke atas umat Islam.. Serangan membunuh dan memusnahkan.. Pada pandangan kamu, apakah sebabnya?!

1.    Bimbang terhadap kesedaran semula umat Islam.

Untuk membuktikannya, kami bentangkan kata-kata para mubaligh Kristian, orientalis, politikus Barat. Mereka mewakili struktur baru tentera serangan Salib zaman moden:

i.   Mubaligh Zwemer berkata:

“Semenanjung Tanah Arab yang merupakan tempat kelahiran Islam masih lagi memberi amaran bahaya.”

ii.  Orientalis Gardner berkata:

“Kekuatan yang tersembunyi di dalam Islam itulah yang menakutkan Eropah.”

iii. Perdana Menteri Britain, Gladstone berkata:

“Selagi mana al-Quran ini ada di tangan orang Islam, Eropah tidak akan dapat menguasai Timur.  Ia sendiri tidak akan berada dalam keadaan aman.”

2.    Islam merupakan tembok kukuh dalam menghalang penjajahan:

i.   Lawrence Brown berkata:

“Islam adalah satu-satunya tembok yang menghalang penjajahan Eropah.”

ii.  Henry Hamilton menyebut dalam bukunya:

“Orang Islam tidak dapat menjadi rakyat yang setia kepada kerajaan yang menganut anutan lain selain Islam. Perkara ini adalah mustahil selama mana mereka berada di bawah naungan hukum al-Quran.”

iii. Lawrence Brown berkata:

“Para pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati alasan bagi ketakutan tersebut. Mereka menakutkan kita dengan bahaya Yahudi, bahaya Jepun dan bahaya Bolshevik. Tetapi jelas kepada kita, Yahudi adalah rakan kita. Bolshevik-Komunis pula adalah sekutu kita. Sementara orang Jepun, di sana terdapat negara besar yang menjalankan demokrasi dan mengambil peranan melawan mereka. Tetapi kita dapati bahaya sebenar bagi kita terdapat di dalam Islam, keupayaannya untuk meluas dan menundukkan pihak lain dan daya hidupnya (vitality) yang cukup dahsyat.”

Sekarang, kata-kata Lawrence telah berlaku. Yahudi telah menjadi rakan. Generasi pertama komunis telah menjadi sekutu dan Jepun telah ditangani oleh Amerika. Sedangkan orang Islam adalah musuh. Adakah orang-orang yang bodoh di kalangan kita memahami?!

Objektif Serangan

1.    Memecahkan negara orang Islam.

Lawrence Brown berkata:

“Apabila orang Islam bersatu dalam sebuah empayar Arab, ia mampu menjadi laknat dan bahaya kepada dunia. Ia juga mampu menjadi nikmat kepadanya. Sebaliknya, apabila mereka kekal berpecah belah, mereka akan terus tidak mempunyai sebarang kedudukan dan pengaruh.” ((Al-Islam wa al-Irsaliyyat (m.s 44, 48), Brown.))

Adakah beliau benar dalam hal ini atau tidak?!

2.    Memusnahkan setiap bahagian satu persatu.

Orientalis Perancis, Kemone berkata:

“Saya percaya bahawa menjadi kewajipan untuk memusnahkan 1/5 orang Islam, selebihnya dihukum melakukan kerja berat, membinasakan Kaabah dan menempatkan kubur dan mayat ‘Muhammad’ di Muzium Le Louvre.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *